Friday, March 19, 2010

Hargailah Ibu Anda Wahai Orang Muda

Salam para pembaca sekalian,

Pak Din sungguh sedih apabila terbaca satu kisah mengenai ibu tunggal warga emas tekad uruskan empat anak terencat akal walaupun hidup serba kekurangan. Pak Din sangat kagum terhadap ibu tunggal tersebut yang mempunyai jiwa yang sangat kental demi menyara dan membela nasib anaknya. Inilah yang dikatakan ibu mithali yang patut dicontohi oleh semua golongan masyarakat.

Anak anak sepatutnya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan mereka sehingga mereka boleh berdikari. Pak Din mengambil contoh ibu tunggal tersebut bagi menggambarkan pengorbanan ibu terhadap anak-anaknya. Pak Din hendak menyedarkan golongan yang mengabaikan orang tua mereka sehingga makan dan minum mereka entah kemana.

Pak Din sedar siapalah diri Pak Din untuk menasihati kalian diluar sana. Tetapi Pak Din merasakan diri ini bertanggungjawab untuk menegur mereka yang melakukan sikap seperti itu terhadap orang tua mereka. Saban hari, penghuni rumah kebajikan orang tua semakin meningkat. Ini lah salah satu penyakit di kalangan masyarakat yang Pak Din takuti.

Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka apabila diminta menjaga orang tua mereka, lebih-lebih lagi yang sudah nyanyuk. Inilah bab kata orang, ibu seorang dapat menjaga anaknya yang ramai, manakala anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibunya seorang. Sesungguhnya, sedarlah wahai anak-anak muda diluar sana, jikalau kalian terasa bersalah segeralah kembali kepangkal jalan.

Sekian...

followers